Usah Cepat ‘Hanyut’, Semak Semula Jati Diri Golongan Muda

Kelangsungan negara bergantung kepada berapa kuat jati diri anak muda berhadapan dengan asakan minda dan gelombang budaya asing ke dalam diri mereka. Foto hiasan
KUCHING, 23 Ogos – Generasi muda diseru meneroka jati diri seberapa segera agar tidak hanyut dengan perkembangan global semasa tanpa mengira sama ada budaya asing itu baik untuk mereka dan masyarakat.
Walaupun mereka disifatkan golongan mahu mencuba suatu yang baharu dan mudah terpemgaruh, namun adalah amat peting bagi mereka menyemak fakta sejarah agar tidak mahu dilihat hilang identiti di negara sendiri.
Keadaan ini jelas penganalisis, membimbangkan generasi senior yang masih berpegang teguh dengan adat dan akhlak berasaskan agama yang resah melihat kemerosotan ‘kualiti’ anak muda sekarang di mana sahaja.
“Kita mahu agenda Pembentukan Jati Diri Kebangsaan pula merujuk kepada suatu yang asasi dan menjadi agenda utama dalam sesebuah negara dengan tujuan untuk membina identiti yang tulen dan murni yang boleh menjadi teras dan lambang keagungan dan keunggulan peradaban sesebuah negara,” tegasnya.
Entah di mana silapnya, mereka dilihat menampakkan kemerosoton terutamanya yang berkaitan kepada kecintaan pada bangsa dan negara biarpun mempunyai pengetahuan yang baik berkenaan asas kenegaraan.
Masih belum terlambat buat mereka merujuk keadaan masing-masing lebih-lebih lagi sambutan bulan kemerdekaan sememangnya mengingatkan kita semua betapa jati diri dan identiti rakyat Malaysia terus diperkukuh, bukan makin luntur di sebalik laungan keramat itu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

