UEL: Kelab Baharu Salah Juga ‘Bermasalah’

Mohamad Salah dikeluarkan selepas lebih sejam permainan dan gagal membantu kelab baharunya mara ke saingan Liga Europa.

ISTANBUL, 29 Ogos – Mohamad Salah kini berdepan kemelut di Trabzonspor selepas pengurus Fatih Tekke cuba meletakkan jawatan hanya beberapa minit selepas kelab itu dibelasah Ferencvaros dalam aksi Liga Europa, semalam.

Trabzonspor tewas 0-4 di Hungary selepas turut kalah 0-1 pada aksi pertama play-off di laman sendiri. Bekas bintang Liverpool itu dikeluarkan selepas lebih sejam permainan dan gagal membantu kelab baharunya mara ke saingan Liga Europa.

Trabzonspor sebelum ini membuat pelaburan besar dengan membawa masuk pemain berpengalaman di pentas Eropah, namun Salah bukan satu-satunya bekas bintang Liga Perdana Inggeris yang gagal membantu pasukan mengelak kekalahan besar itu.

Penjaga gol Manchester United, Andre Onana, diturunkan manakala bekas pertahanan Manchester City, Stefan Savic, turut berada dalam kesebelasan utama kendalian Tekke.

Namun kekalahan itu menjadi kemuncak kekecewaan Tekke apabila dia secara mengejut mengumumkan peletakan jawatan ketika ditemu bual televisyen selepas perlawanan.

“Saya meletakkan jawatan daripada satu jawatan yang sangat saya hormati. Kekalahan hari ini tidak boleh diterima. Nasib malang dan perkara tidak menyebelahi kami boleh diterima, tetapi saya tidak boleh menerima perkara ini. Saya tidak mampu tidur dengan perasaan seperti ini. Saya harap semua orang memaafkan saya. Kami sudah melakukan yang terbaik,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *