Ucapan Perwakilan Umno Sentuh Sensitiviti Agama Diserah Kepada AGC
Kes Noorazli disiasat mengikut Seksyen 298, Kanun Keseksaan dan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
KUALA LUMPUR, 17 Sep – Kertas siasatan berhubung kandungan ucapan perwakilan Umno Selangor, Noorazli Said, ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026 yang menyentuh sensitiviti agama, baru-baru ini, akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), esok.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298, Kanun Keseksaan dan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Difahamkan setakat ini, sebanyak 86 laporan mengenai isu berkenaan telah diterima, manakala percakapan 93 individu sudah dirakam.

“Individu yang dirakam percakapan terdiri daripada orang awam, pihak penganjur dan perwakilan Umno termasuk suspek (Noorazli).
“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara esok untuk arahan dan nasihat selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
Terdahulu, pelbagai pihak mengecam tindakan Noorazli yang juga Ketua Umno Bahagian Sepang pada PAU 2026 yang menimbulkan salah faham serta menyinggung perasaan mana-mana pihak, termasuk penganut agama Kristian.

Ini kerana agama bukan perkara yang boleh dijadikan bahan jenaka mana-mana pihak selain menegaskan kenyataan Noorazli itu walaupun tidak menggambarkan pendirian Umno, namun Umno mesti mengambil tindakan keras terhadap isu yang menimbulkan keresahan awam.
Terdahulu, Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Madius Tangau menggesa Noorazli memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada umat Katolik serta seluruh masyarakat Kristian.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
