Tutup Pintu Pagar Selepas Jam 10 Bukan Tutup Balai Polis – Saifuddin Nasution

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau IPD Marang dalam lawatan kerja ke Terengganu pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

MARANG, 10 Jul – Menteri Dalam negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan arahan sebelum ini ialah menutup pintu pagar balai polis selepas jam 10 malam, bukan menutup balai polis.

Walaupun pintu pagar ditutup, katanya, orang ramai masih boleh membuat laporan selepas 10 malam kerana ada anggota bertugas mengawal di halaman dan di dalam balai polis.

“Kita ada sebanyak 810 balai polis dan 127 ibu pejabat polis daerah (IPD) di seluruh negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau IPD Marang dalam lawatan kerja ke Terengganu pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Semua pintu pagar balai polis, termasuk yang terletak di kawasan berisiko tinggi akan ditutup selepas jam 10 malam,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husin dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, arahan penutupan balai polis daerah bukannya isu baru, sebaliknya sudah ada arahan tetap ketua polis negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu warga Kementerian Dalam Negeri terdiri daripada pegawai dan anggota polis, APMM, RELA dan Jabatan Penjara dalam sesi ramah mesra di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang bersama-sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita tidak pernah menyebut penutupan balai polis. Sebaliknya, hanya sebut penutupan pintu pagar balai polis bertujuan memperketat keselamatan di premis berkenaan, susulan insiden yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada 17 Mei lalu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk membaik-pulih kerosakan 20 daripada 166 kuarters di IPD Marang.

“Kita dapati 20 kuarters untuk menempatkan ahli keluarga pegawai dan anggota polis tidak dapat didiami disebabkan mengalami kerosakan pada bumbung dan siling serta lantai,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *