’Tidak Guna Punyai Banyak Dasar Bila Pemimpin Masih Amal Rasuah, Salah Guna Kuasa’

Beberapa NGO dan pemerhati politik menempelak Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana terus mengamalkan budaya politik lama yang memundurkan rakyat Sarawak. Foto Arkib

SIBU, 20 MeiBadan bukan kerajaan (NGO) dan pemerhati politik menyifatkan kenyataan seorang pemimpin kerajaan negeri baru-baru ini tidak menyelesaikan isu pokok seperti kemiskinan, infrastruktur dan sosioeknomi sekiranya amalan salah guna kuasa dan rasuah berterusan di Sarawak.

Menurut mereka yang enggan dinamakan berkata, kerajaan negeri yang kini diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) belum lagi ‘keluar’ dari kepompong sifat lama yang diwarisi sebelum ini menyebabkan rakyat terus melarat.

“Kenyataan timbalan menteri kerajaan negeri kononnya mereka mempunyai pelbagai dasar yang boleh memberi manfaat hanyalah sekadar ‘pemanis mulut’ apabila GPS berterusan gagal menaikkan taraf ekonomi dan kehidupan rakyat sejak puluhan tahun (semasa berada dalam komponen Barisan Nasional).

Beberapa NGO dan pemerhati politik menempelak Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana terus mengamalkan budaya politik lama yang memundurkan rakyat Sarawak. Foto Arkib

“Kami meminta pemimpin berkenaan usah bermimpi di siang hari hendak menyelesaikan isu rakyat apabila amalan rasuah dan salah guna kuasa masih lagi berakar umbi tanpa ada inisiatif untuk mengurangkannya,” kata mereka.

Ujar mereka lagi, beliau tidak mampu menyatakan perkara yang benar di hadapan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana dikhuatiri tidak akan terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Seharusnya kerajaan negeri malu dengan kesungguhan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membanteras rasuah dan amalan salah guna kuasa di peringkat persekutuan sedangkan di Sarawak, pemimpin negeri seolah ‘pekakkan mata dan butakan telinga’.

”Kami menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus menyiasat dan memulakan operasi ‘pembersihan’ di kalangan ahli politik termasuk kerajaan negeri jika mereka mahu lihat rakyat Sarawak maju dalam maksud sebenarnya,” tegas mereka lagi.

Isu berkenaan timbul dipercayai bermula daripada petikan kenyataan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato’ Gerald Rentap Jabu yang berkata, peranan ketua masyarakat termasuk tuai rumah penting bagi membantu menyampaikan ‘dasar kerajaan’ ke peringkat komuniti masing-masing.

Tiada ‘Rasuah Besar’ Di Sarawak, Umpama Menyorok Di Balik Sehelai Lalang

Katanya, beliau selaku wakil rakyat sememangnya “berhasrat agar kawasan Betong bergerak maju seiring dengan tempat-tempat lain di Sarawak.”

“Namun saya dan Ahli Parlimen Betong sahaja tidak dapat melakukan perkara ini sendiri. Ini perlukan kerjasama dan maklum balas daripada akar umbi melalui para tuai rumah,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *