TERKINI: Tun Dr Siti Hasmah Kembali Ke Rahmatullah

Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah berusia 100 tahun dan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada 12 Julai 2026.
KUALA LUMPUR, 28 Sep – Isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN), lapor Bernama memetik Mokhzani Mahathir.
Allahyarhamah berusia 100 tahun dan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada 12 Julai lalu.
Tun Dr Siti Hasmah dilahirkan pada 12 Julai 1926 dan berkahwin dengan Tun Dr Mahathir pada 5 Ogos 1956.

Pasangan itu dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu tiga perempuan dan empat lelaki.
Tun Dr Siti Hasmah merupakan antara doktor wanita Melayu terawal di negara ini dan pernah berkhidmat dalam bidang kesihatan awam sebelum memainkan peranan penting dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan, khususnya berkaitan kesihatan dan kebajikan.
Sebagai pelopor dalam bidang kesihatan ibu dan kanak-kanak, beliau dilantik sebagai wanita pertama menyandang jawatan Pegawai Kesihatan Negeri pada tahun 1974.
Beliau juga melanjutkan pengajian dalam bidang kesihatan awam di University of Michigan, Amerika Syarikat dan banyak menulis tentang isu perubatan keluarga, kehamilan, dan kesihatan wanita.

Beliau menjadi isteri kepada Perdana Menteri Malaysia bermula 16 Julai 1981, dan menggunakan kedudukan itu untuk memperjuangkan kesihatan wanita, perancangan keluarga, literasi dewasa dan kawalan penyalahgunaan dadah.
Selain pernah menjadi satu-satu wanita di Malaysia dua kali wanita pendamping Perdana Menteri, Dr Siti Hasmah sebenarnya juga menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak, dan pada tahun 1974, beliau adalah wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Kanak-kanak dan Ibu Negeri.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
