TERKINI: Remaja Maut, Dua Di ICU Wabak Meningitis Makin Merebak

Seorang pesakit meninggal dunia dan dua lagi sedang menerima rawatan sewajarnya pada 12 Mei 2026. Foto Daily Mirror
READING, 15 Mei – Seorang remaja meninggal dunia selepas dijangkiti meningitis dan dua lagi masih dirawat untuk penyakit yang boleh membawa maut itu di selatan England, demikian menurut agensi kesihatan United Kingdom (UK) semalam.
“Pakar-pakar Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan rakan kongsi Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) susulan tiga kes (meningitis) dalam kalangan golongan muda di Reading.
“Seorang pesakit meninggal dunia dan dua lagi sedang menerima rawatan sewajarnya,” kata kenyataan pihak berkuasa.

Menurut media tempatan, mangsa merupakan pelajar Kolej Henley di Henley-on-Thames.
Meningitis ialah jangkitan bakteria pada selaput otak dan saraf tunjang, disebarkan melalui titisan pernafasan atau rembesan tekak mereka yang dijangkiti.
Penyakit itu berpotensi membawa maut dan tanpa rawatan, boleh menyebabkan kerosakan neurologi termasuk pekak dalam kalangan kanak-kanak. – AFP
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
