TERKINI: Pakatan Harapan Dahului Lebih 2,000 Undi

Kiraan undi yang disiarkan secara langsung di Facebook SPR petang ini.

HULU SELANGOR, 11 Mei – Calon Pakatan Harapan (PH) mendahului pesaing lain dalam kiraan tidak rasmi PRK Kuala Kubu Baharu.

Menurut keputusan tidak rasmi di laman sesawang DAP jam 7.10 malam ini, PH mendahului dengan 3,704 undi manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 1,307 undi.

Calon bebas pula mendapat 32 undi manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM) memperolehi 17 undi.

Kiraan undi yang disiarkan secara langsung di Facebook SPR petang ini.

PRK itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Pang Sock Tao, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).

Penjumlahan undi pula akan berlangsung di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada 9 malam.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *