TERKINI: Kerajaan MADANI Kembalikan Kuota BUDI95 Kepada 300 Liter Sebulan – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 Ogos 2026. Foto NWRI

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kerajaan setuju mengembalikan kelayakan asas BUDI RON95 dari 200 liter kepada 300 liter sebulan.

Perdana Menteri berkata, ini bermakna lebih 16 juta pengguna akan menikmati RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan, sementara lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel layak menerima BUDI Diesel sehingga 400 liter sebulan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Kuota bahan api diselaraskan sebelum ini daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan susulan krisis di Asia Barat yang menyebabkan bekalan produk petroleum dari rantau itu.

Terdahulu, Anwar berkata, kemerdekaan yang dikecapi negara ketika ini bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh.

Mengingatkan kembali pesanan tokoh-tokoh negara, Perdana Menteri berkata, untuk membinanya dari sejarah robohan bermula sejak zaman keruntuhan kota Melaka, ia menanam di jiwa dan pemikiran, bahawa seluruh rakyat tanpa mengira kaum harus bersatu.

“Bukan bersatu kaum atau daerah dan wilayah saja, tetapi bersatu setiap dan segenap baka. Maknanya segenap orang Melayu tentunya yang majoriti, sebagai induk.

“Sejarah kita bukan semestinya bermula 1511, tetapi tarikh itu adalah robohnya empayar Melayu Islam Melaka. Sebelum itu, ada tamadun yang agung dan mulia, yang menyebabkan hebatnya lingua franca Melayu dan kekuatan Islam di rantau ini.

“Kita bergerak, pimpinan silih berganti, peranan tokoh-tokoh dan negarawan ulung. “Pemimpin-pemimpin kita menghadapi liku-liku, dengan berani dan mengajak seluruh rakyat bersatu, bermuafakat, menjaga amanat dan janji perisytiharan kemerdekaan, dan membina semula selepas robohan Kota Melaka,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *