TERKINI F1: FIA Tangguh Perlumbaan Lebih Sejam, Bersambung Jam 4.33 Petang

Untitled design

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemubual pengulas SkySports UK ketika menunggu perlumbaan bersambung sempena F1 Grand Prix Bahrain di Malaysia jam 2.45 petang pada 4 Oktober 2026. Foto SkySports

SEPANG, 4 Okt – Hujan lebat memaksa perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia petang ini ditangguhkan lebih sejam daripada jadual asal jam 3 petang tadi.

Menurut pengawal perlumbaan, hujan lebat menjadikan permukaan litar sangat basah dan berbahaya kepada pemandu dan jentera kesemua 11 pasukan bertanding dan keputusan penangguhan itu dipersetujui semua pasukan.

Sebanyak dua buah kereta masing-masing kenderaan keselamatan dan perubatan bergerak dalam beberapa pusingan bagi memastikan litar cukup selamat untuk memulakan perlumbaan.

Kenderaan perubatan FIA memeriksa keadaan litar perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kira-kira jam 3.10 petang 4 Oktober 2026. Foto F1

Bagaimanpun setelah litar disahkan selamat dan pengawal perlumbaan mengarahkan pusingan formasi dilakukan, beberapa kereta mengalami masalah termasuk pelumnba Ferrari, Lewis Hamilton dipercayai akibat perisian pada jentera beliau.

Hujan mulai reda sekitar jam 3.55 petang dan pasukan marshal perlumbaan bertungkus lumus mengeluarkan air hujan yang bertakung di beberapa selekoh dan memaklumkan kepada pengawal perlumbaan bahawa sektor mereka telah selamat dibersihkan.

Susulan itu, perlumbaan 56 pusingan itu akan dimulakan jam 4.33 petang menurut laporan terkini dari SIC.

Terdahulu, Sepang disenaraikan antara kawasan yang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi amaran ribut petir yang dikeluarkan petang ini memaklumkan keadaan cuaca berkenaan dijangka berterusan sehingga pukul 5 petang.

Pelumba Itali mewakili Mercedes AMG-PETRONAS, Kimi Antonelli bergerak menggunakan basikal menunggu hujan reda pada F1 Gulf Air Grand Prix Bahrain di Malaysia pada 4 Oktober 2026. Foto F1

Selain Sepang, beberapa kawasan lain di Selangor yang turut terlibat ialah Hulu Langat, Gombak dan Hulu Selangor.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran sama melibatkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *