TERKINI – Ardern Terus Sambung Perintah Berkurung Di Auckland

WELLINGTON, NEW ZEALAND - JUNE 28: Prime Minister Jacinda Ardern addresses media during a post cabinet press conference at Parliament on June 28, 2021 in Wellington, New Zealand. The Wellington region is in alert level 2 until 11.59pm on Tuesday while the rest of the country is at level 1 following the emergence of new COVID-19 cases in New Zealand linked to a cluster outbreak in Sydney, Australia. (Photo by Hagen Hopkins/Getty Images)

WELLINGTON, 20 Sep – Perintah berkurung di bandar raya terbesar New Zealand, Auckland dilanjutkan dua minggu lagi bagi mengawal penularan pandemik COVID-19 biarpun kelonggaran beberapa peraturan ketat bakal dilaksanakan.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern, berkata bandar raya dengan populasi seramai dua juta penduduk itu akan memasuki tahap tiga daripada sistem maklum balas COVID-19 empat peringkat selewat-lewatnya esok, walaupun pihak berkuasa komited mengekang penularan varian Delta.

“Kami perlu bergerak sekarang kerana berdasarkan nasihat, kami tidak memiliki penularan meluas yang sukar dikesan di Auckland.

“Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, kita mampu menghentikan penularan virus ini,” katanya kepada pemberita.

Berdasarkan peralihan itu, arahan untuk berada di rumah dikekalkan, namun beberapa sektor perniagaan seperti premis makanan boleh beroperasi menerusi penghantaran tanpa kontak.

New Zealand melaksanakan perintah berkurung di seluruh negara pada 17 Ogos lalu selepas kes pertama membabitkan varian Delta dikesan dalam kalangan komuniti.

Kluster virus itu dikesan tertumpu di Auckland selepas seluruh negara keluar dari perintah berkurung pada awal bulan ini.

Mengulas lanjut, Ardern berkata, bandar North Island juga boleh beralih ke tahap seterusnya apabila pihak berkuasa yakin penularan terbabit mampu dikawal.

“Buat masa ini, kita masih mengesan kes menerusi ujian dalam kalangan komuniti.

“Kami ingin melihat perubahan dalam beberapa situasi ini,” katanya.

– AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *