Terima Kasih Semua Pihak Jayakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 – Fahmi

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil beramah mesra dengan ribuan rakyat pada Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2026. Foto Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang melabuhkan tirainya hari ini.

Beliau berkata penghargaan itu ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sejak peringkat awal persiapan hingga selesai sambutan termasuk petugas, peserta, anggota keselamatan, petugas kesihatan, pengamal media, sukarelawan dan agensi berkaitan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengiringi Sultan Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2026. Foto Facebook Fahmi Fadzil

“Terima kasih yang istimewa buat seluruh rakyat Malaysia yang hadir memeriahkan Dataran Putrajaya, serta jutaan rakyat yang bersama-sama menyaksikan sambutan dari rumah.

“Kehadiran dan semangat anda semua menjadikan sambutan tahun ini begitu bermakna,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil melambaikan tangan ke arah kontinjen perarakan mewakili Kementerian Komunikasi pada Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2026. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Fahmi turut menyifatkan semua petugas yang bekerja di sebalik tabir sebagai wira yang memastikan kelancaran sambutan berkenaan.

“Semoga Malaysia yang kita cintai ini terus diberkati dengan kemakmuran, keharmonian dan kestabilan, serta kekal bersatu dalam kepelbagaian. Selamat Hari Kebangsaan,” katanya.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil beramah mesra dengan ribuan rakyat pada Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2026. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Pada sambutan kali ini, lebih 100,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya seawal jam 1 pagi lagi bagi mendapatkan lokasi terbaik menyaksikan perarakan puluhan kontinjen pelbagai agensi dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *