‘Terima Kasih PMX Lawat Kami’: PM Anwar Ziarah Mangsa Banjir Kampung Melayu Subang

IMG_9925

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi penduduk Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitar yang ditempatkan di Dewan Siantan akibat banjir kilat pada 3 November 2026. Foto PMO

SUBANG, 3 Nov – Sejurus menghadiri Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergegas ke Kampung Melayu Subang di sini bagi meninjau keadaan mangsa banjir yang melanda kawasan itu semalam.

Menerusi hantaran di media sosial, kehadiran Perdana Menteri diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan yang turun bertanya khabar melihat situasi terkini mangsa banjir serta mengarahkan projek tebatan banjir Sungai Damansara dipercepatkan segera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi penduduk Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitar yang ditempatkan di Dewan Siantan akibat banjir kilat pada 3 November 2026. Foto PMO

“Saya mengambil kesempatan bertanya khabar, mendengar sendiri kesulitan yang dihadapi serta melihat keadaan dan keperluan keluarga yang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

“Saya turut berbincang dengan Menteri Besar Selangor dan wakil rakyat kawasan berhubung bantuan tambahan kepada keluarga terjejas. Pesanan saya, projek tebatan banjir termasuk pelebaran sungai dan pembinaan kolam tambahan perlu dipercepatkan bagi mengurangkan risiko kejadian berulang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi penduduk Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitar yang ditempatkan di Dewan Siantan akibat banjir kilat pada 3 November 2026. Foto PMO

“Semoga semua diberikan kekuatan dan ketabahan. Insya-Allah, kita akan terus memastikan kebajikan dan keperluan mereka terbela sepanjang tempoh sukar ini,” ujarnya.

Sementara itu, warganet yang terkesan dengan bencana semalam, mengucapkan terima kasih atas kesudian Perdana Menteri menziarahi mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi penduduk Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitar yang ditempatkan di Dewan Siantan akibat banjir kilat pada 3 November 2026. Foto PMO

“Terima kasih Perdana Menteri kerana menyantuni mangsa banjir.”

Demikian luahan seorang pengguna di aplikasi Threads dikenali sebagai Nothingtthetruth yang turut berkongsi klip video lawatan Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi penduduk Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitar yang ditempatkan di Dewan Siantan akibat banjir kilat pada 3 November 2026. Foto PMO

“Terima kasih @anwaribrahim_my menyantuni mangsa banjir Kampung Melayu Subang,” tulisnya.

Di ruangan komen pula, pengguna turut berterima kasih atas keprihatinan pemimpin nombor satu itu.

“Ini betul caranya., ada bencana alam menteri-menteri atau yb turun padang bagi semangat pada mangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi penduduk Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitar yang ditempatkan di Dewan Siantan akibat banjir kilat pada 3 November 2026. Foto PMO

“Bukan untuk pancing undi tapi tanggungjawab yang raykat bagi pada mereka-mereka itu, tak kesah kerajaan atau pembangkang..terbaik @anwaribrahim_my,” komen Salleh_sury.

Terdahulu semalam, beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dinaiki air sehingga paras paha dan banyak laluan tersekat ekoran hujan lebat pada sebelah petang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi penduduk Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitar yang ditempatkan di Dewan Siantan akibat banjir kilat pada 3 November 2026. Foto PMO

Antara kawasan yang teruk terjejas termasuklah Kampung Melayu Subang, TTDI Jaya, Seksyen 13, Bukit Jelutong serta laluan di Lebuh Raya Guthrie.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *