Taylor Swift Tunda Konsert Hormati Peminat Meninggal Dunia

Kematian Ana Clara Benevides Machado (kiri) menyebabkan Taylor Swift menangguhkan konsertnya sebagai menghormati pemergiannya. Foto Arkib
RIO DE JANERIO, 19 Nov – Penyanyi sensasi Taylor Swift menangguhkan konsertnya di sini bagi menghormati kematian salah seorang pengunjung konsert beliau baru-baru ini.
Swift mengumumkan keputusan tersebut menerusi Instagramnya, baru-baru ini.
“Saya menulis kenyataan ini dalam bilik persalinan di stadium. Konsert ini terpaksa dibatalkan akibat cuaca ekstrim di Rio.
“Keselamatan dan kebajikan peminat, penghibur dan kru tetap diutamakan ,” tulisnya.
Salah seorang peminatnya yang dikenal pasti sebagai Ana Clara Benevides Machado, 23, meninggal dunia ketika menghadiri konsert penyanyi itu Jumaat lalu.

Mendiang Ana Clara merupakan pelajar Brazil yang menuntut di sebuah universiti di sini berasal dari Sonora, Mato Grosso do Sul.
Punca kematian masih disiasat pihak berkuasa tempatan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web