‘Tangkap Pengkhianat’, ‘Daulat Tuanku’ Iringi Keberangkatan Pulang Tuanku Muhriz Di KLIA

IMG_6104

Para penyokong Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhimpun di hadapan bilik VVIP KLIA Terminal 1 bagi menanti keberangkatan baginda di KLIA pada 17 September 2026.

SEPANG, 17 Sep – Lebih 100 penyokong yang terdiri daripada ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mula berkumpul secara berperingkat di hadapan Bilik Khas atau Special Lounge KLIA1 bagi menyambut keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dari luar negara.

Mereka terdiri daripada pelbagai NGO yang hadir secara sukarela dari beberapa kawasan sekitar Seremban, Nilai, Port Dickson dan Jelebu dan ada di antaranya memakai baju T dengan tulisan ‘Daulat Tuanku Muhriz’ serta melaungkan ‘Tangkap Pengkhianat’ dan ‘Daulat Tuanku’.

Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz antara kenamaan yang berangkat bersama rakyat jelata yang menunggu di hadapan pintu masuk bilik itu.

Para penyokong Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhimpun di hadapan bilik VVIP KLIA Terminal 1 bagi menanti keberangkatan baginda di KLIA pada 17 September 2026.

Sebahagian mereka yang membawa kain rentang turut melaungkan kata-kata sokongan ‘Daulat Tuanku’ dan ‘tangkap pengkhianat’.

Kehadiran mereka mencuri tumpuan setelah kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) malam ini menyebut, Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan tiada kuasa unilateral tamat atau kosongkan jawatan Yang Dipertuan Besar.

Terdahulu, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, mendakwa tiada proses sah yang menyebabkan baginda terhenti memegang jawatan itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web