Taktik Seludup PATI Guna Van Kurier Elak Dikesan Terbongkar

Imej tangkap layar daripada rakaman video itu dibuat Abbe Hea menerusi hantaran laman sosial Facebook yang dimuat naik pada 27 Oktober 2026. Foto Facebook Abbe Hae
KOTA BHARU, 27 Okt – Modus operandi (MO) baharu untuk membawa pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk warga Rohingya menggunakan sebuah van kurier, didedahkan sendiri aktivis masyarakat Abbe Hea atau Mohd. Azhan Mohd. Adnan.
Paparan tangkap layar daripada rakaman video itu dibuat Abbe Hea menerusi hantaran laman sosial Facebook yang dimuat naik hari ini dan kemudian dikongsi kira-kira 2,200 warganet.
“Gambar kurang jelas sebab Abbe screenshot (tangkap layar) dari video, lain kali geng-geng CCTV (kamera televisyen tertutup) kena berani sikit ambil video.

“Perhatikan dua warga asing ni menuju ke van. Dia buka pintu van tetiba keluar makhluk dari van..Hah yang keluar dari van tu adalah PATI atau Rohing (Rohingya). Susah sangat nak bawa dengan kenderaan biasa kita pos jerlah pakai van,” tulisnya.
Mengulas lanjut, Abee Hea memberitahu, kumpulan ini semakin berani sekarang disebabkan ramainya ‘si buang’ bersama dengan mereka.

“Kenapa Abbe kata berani..Ni bukan lokasi yang tersembunyi tapi lokasi terbuka..Lokasinya adalah Wakaf Che Yeh.
“Apa kata kalian semua..buat semua cctv abbe jangan lupa untuk sentiasa merakam dan postkan setiap aktiviti haram di platform media social masing masing..Kalian kena berani untuk berjuang demi masa depan anak cucu kalian,” ujarnya.
Abee Hea turut mendesak supaya pihak berkenaan menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.
Rata-rata komen yang ditinggalkan warganet menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas termasuk menggantung lesen syarikat penghantaran itu agar menjadi pengajaran kepada syarikat lain.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


