TAK RASMI: Pakatan Harapan Menang KKB

Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao dijangka menang kerusi DUN KKB berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan.

HULU SELANGOR, 11 Mei – Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao memerlukan lebih kurang 1,500 undi lagi untuk mendapatkan lebih 50 peratus undian bagi menjamin kemenangan.

Calon Perikatan Nasional (PN) mengekori lebih 3,000 undian sehingga berita ini ditulis dan tidak mungkin dapat mengejarnya lagi.

Setakat ini bilik gerakan PN di Bandar Baru Batang Kali, Selangor masih sunyi sepi dengan hanya segelintir penyokong berkumpul. Tiada juga tayangan keputusan tidak rasmi.

Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao dijangka menang kerusi DUN KKB berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan.

Kakitangan media tidak dibenarkan masuk ke pusat operasi PN itu.

Sebuah khemah besar didirikan di padang berdekatan, namun kebanyakan kerusi masih belum diduduki hadirin.

Difahamkan pemimpin tertinggi PN belum lagi kelihatan di khalayak ramai bagi memantau keputusan terkini tidak rasmi yang dikeluarkan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *