Tak Mahu Hampa Permintaan, PM Anwar Hantar Wakil, Salur Sumbangan Buat Kanak-Kanak Taska

Wakil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Raimi Ab Rahim menyantuni kanak-kanak Taska As Sakeenah pada 22 Ogos 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Tidak mahu menghampakan permintaan kanak-kanak di media sosial, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus wakil beliau khusus bagi menyampaikan sumbangan dan salam mesra kepada pelajar Taska As Sakeenah sempena Hari Usahawan Cilik di Subang Jaya, hari ini.

Wakil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Raimi Ab Rahim menyantuni kanak-kanak Taska As Sakeenah pada 22 Ogos 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Menerusi hantaran di media sosial, Anwar berkata, beliau sebelum ini menerima jemputan daripada seorang kanak-kanak taska berkenaan untuk menghadiri program itu yang berlangsung hari ini.

Wakil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Raimi Ab Rahim menyantuni kanak-kanak Taska As Sakeenah pada 22 Ogos 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Bagaimanapun, Anwar tidak dapat berbuat demikian kerana berada di Brunei Darussalam mengetuai delegasi negara sempena Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27), di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

Wakil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Raimi Ab Rahim menyantuni kanak-kanak Taska As Sakeenah pada 22 Ogos 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Tidak mahu hampakan anak-anak, ‘Uncle Anwar’ hantar pegawai, saudara Raimi Ab Rahim untuk mewakili bagi sampaikan sedikit sumbangan dan salam mesra kepada semua.

Wakil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Raimi Ab Rahim menyantuni kanak-kanak Taska As Sakeenah pada 22 Ogos 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Semoga Hari Usahawan Cilik ini memberi pengalaman bermakna dan menyemai minat berniaga dalam kalangan anak-anak sejak kecil. Kalau dapat untung, jangan lupa menabung,” ujarnya.

Wakil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Raimi Ab Rahim menyantuni kanak-kanak Taska As Sakeenah pada 22 Ogos 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Beliau turut mendoakan semua kanak-kanak itu membesar menjadi insan yang rajin berusaha, sentiasa membantu keluarga dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *