Tadarus, Khatam Al-Quran Perdana 2024 Semarak Sambutan Maal Hijrah 1446H Wangsa Maju

Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju Andre Lai bersama qariah Masjid Zaid bin Haritsah Kampung Sungai Mulia, Kuala Lumpur yang menyertai program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana 2024 baru-baru ini. Foto Instagram Andre Lai

KUALA LUMPUR, 8 Jul – Menyedari kepentingan Al-Quran sebagai pedoman hidup umat Islam, satu program Tadarus & Khatam Al-Quran Perdana 2024 diadakan bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah 1446H peringkat Wangsa Maju baru-baru ini.

Program yang dilangsungkan di Masjid Zaid bin Haritsah Kampung Sungai Mulia di sini bertujuan memupuk jiwa umat Islam agar menghayati dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam kitab suci itu sepanjang masa.

Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju Andre Lai selaku tetamu kehormat bergambar bersama qariah Masjid Zaid bin Haritsah Kampung Sungai Mulia, Kuala Lumpur yang menyertai program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana 2024 baru-baru ini. Foto Instagram Andre Lai

Selaku tetamu kehormat pada majlis itu, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju Andre Lai hadir menyantuni para peserta tadarus dan khatam tahun ini bagi menyokong program yang amat bermanfaat bagi kariah sekitar kawasan itu.

“Penyertaan peserta Tadarus kali ini adalah dari qariah masjid-masjid setempat. Masyarakat di sini tidak asing dengan kehadiran saya di kalangan penduduk.

Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju Andre Lai selaku tetamu kehormat bergambar bersama pengurusan Masjid Zaid bin Haritsah Kampung Sungai Mulia, Kuala Lumpur pada program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana 2024 baru-baru ini. Foto Instagram Andre Lai

“Terima kasih kepada Hj Aizul, pengerusi masjid atas jemputan ini. Turut hadir bersama saya adalah Sdr Azmee, Naib Ketua dan Aidrus Musa, AJK Cabang KEADILAN Wangsa Maju,” ujarnya.

Maal Hijrah disambut setiap tahun sempena meraikan kedatangan tahun baharu setelah berakhirnya bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam kalender Islam.

Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju Andre Lai menyerahkan sumbangan kepada qariah Masjid Zaid bin Haritsah Kampung Sungai Mulia, Kuala Lumpur yang menyertai program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana 2024 baru-baru ini. Foto Instagram Andre Lai

Menjengah 1446 tahun, Al-Quran terus kekal di hati umat Islam dan kira-kira 50 peserta tadarus dan khatam kali ini menjadi saksi betapa kitab suci itu amat dekat di sanubari mereka.

Ini menunjukkan betapa pentingnya Al-Quran menjadi tonggak kepada sambutan tahun baharu umat Islam selain memberi kesedaran peri pentingnya menjaga kesucian dan keagungan agama Islam selaku agama rasmi persekutuan.

Hubungan erat antara Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju Andre Lai dengan pengurusan Masjid Zaid bin Haritsah Kampung Sungai Mulia, Kuala Lumpur mampu mengeratkan perpaduan antara komuniti dan parti. Foto Instagram Andre Lai

Dalam pada itu Andre Lai menambah, beliau berharap semoga dengan kedatangan tahun baru ini, semua penduduk dalam keadaan sihat dan menjadi lebih baik sempena kedatangan tahun baru ini dan dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan.

Beliau mewakili KEADILAN Wangsa Maju sentiasa menyokong sebarang aktiviti bermanfaat agar menjadi contoh terutama generasi muda masa kini yang terdedah kepada media sosial semata-mata.

“Saya yakin dengan semangat perpaduan yang diterap sesuai dengan tema sambutan Maal Hijrah tahun ini iaitu ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI’ ini dapat disemarakkan sepanjang masa bagi kemajuan diri dan negara,” ujarnya lagi.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *