Sukan Bocce Buru Slot Kejohanan Dunia

0889c90b-dfad-410d-a8b6-3f5a1574f9e6

Sebahagian daripada peserta kejohanan sukan Bocce komuniti MADANI Kelantan edisi ke-4 liga piala JPN Kelantan. Foto Aku Insan Biasa

KOTA BHARU, 20 Jul – Kejohanan sukan Bocce mengorak langkah berani untuk memburu slot kejohanan peringkat dunia yang akan berlangsung bulan Oktober depan.

Skuad Bocce Malaysia menerusi acara beregu wanita layak ke peringkat Dunia menerusi pertandingan peringkat Asia Oceania di negeri Kelantan. Beregu Wanita Malaysia menjadi Johan dan layak ke pertandingan Bocce Dunia yang diadakan di Brazil kelak.

Sebahagian daripada peserta kejohanan sukan Bocce komuniti MADANI Kelantan edisi ke-4 liga piala JPN Kelantan. Foto Aku Insan Biasa

Menurut Hj Razali Wan Zain, Naib Presiden Asia Oceania Bocce Confederation merangkap Presiden Persekutuan Sukan Bocce Malaysia ketika ditemui di kejohanan sukan Bocce komuniti MADANI Kelantan edisi ke-4 liga piala JPN Kelantan berkata, ia sesuatu yang membanggakan negara.

Sebahagian daripada peserta kejohanan sukan Bocce komuniti MADANI Kelantan edisi ke-4 liga piala JPN Kelantan. Foto Aku Insan Biasa

Persatuan Bocce Malaysia sedang mengadakan siri perlawanan bermula awal tahun melalui pelajar sekolah rendah dan menengah mengikut peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dengan kejohanan yang dianjurkannya mengikut jadual kalendar Persekutuan Bocce Malaysia.

Pada masa yang sama juga, pihaknya menyebar luas sukan Bocce ini kepada murid orang Asli seluruh negara.

Sebahagian daripada peserta kejohanan sukan Bocce komuniti MADANI Kelantan edisi ke-4 liga piala JPN Kelantan. Foto Aku Insan Biasa

Awal tahun lepas Persekutuan sukan Bocce telah mengadakan klinik pengenalan berkenaan permainan sukan Bocce ini kepada jurulatih, guru dan pelajar Orang Asli melibatkan Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Selangor.

Karnival pertandingan sukan Bocce Orang Asli peringkat kebangsaan juga akan dadakan bulan Oktober depan.

Sebahagian daripada peserta kejohanan sukan Bocce komuniti MADANI Kelantan edisi ke-4 liga piala JPN Kelantan. Foto Aku Insan Biasa

Dalam kejohanan sukan Bocce komuniti MADANI Kelantan edisi ke 4 liga piala JPN Kelantan, sebanyak 12 buah sekolah berentap dan Maktab Sultan Ismail (SIC) Kota Bharu Kelantan menjadi juara keseluruhan temasya tersebut.

​Beliau juga merakam jutaan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Pendidikan Negeri serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan atas sokongan dokongan serta khidmat bantuan dan sumbangan bagi menjayakan kejohanan berkenaan.

Sebahagian daripada peserta kejohanan sukan Bocce komuniti MADANI Kelantan edisi ke-4 liga piala JPN Kelantan. Foto Aku Insan Biasa

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Azhan bin Anuar, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Oleh aku insan biasa

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web