Sukan Asia 2026: Skuasy Wanita Negara Benam Hong Kong, Pertahan Emas Di Hangzhou

IMG_7096

Trio skuasy wanita negara cemerlang mempertahankan pingat emas di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 pada 2 Oktober 2026. Foto Squash Racquets Association of Malaysia (SRAM)

NAGOYA, 2 Okt – Kontinjen negara terus ceria selepas trio skuasy berpasukan wanita berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menewaskan seteru utama, Hong Kong 2-1 dalam aksi penentuan juara di Nagoya Kinjo Futo Arena, di sini, hari ini.

Kejayaan yang sekali gus menambah pungutan pingat emas kepada tujuh itu menyaksikan skuad negara mengulangi kejayaan meraih emas pada edisi 2022 di Hangzhou, China.

Dalam sistem ‘order of play’ yang dipersetujui, mata pertama diperolehi menerusi perseorangan pertama negara, Aifa Azman selepas menewaskan Ho Tze Lok 11-9, 11-9 dan 12-10.

Bagaimanapun, Hong Kong menyamakan kedudukan menerusi Chan Sin Yuk yang mengejutkan pemenang pingat emas perseorangan wanita, S Sivasangari 7-11, 11-9, 11-9, 5-11, 7-11.

Skuad negara kembali ceria setelah Aira Azman melengkapkan kemenangan skuad negara, menundukkan Lee Ka Yi 11-9, 11-5, 11-4 untuk memastikan emas kekal milik Malaysia buat kali kedua berturut-turut.

Skuad skuasy berpeluang menambah pungutan pingat emas sekiranya menewaskan Pakistan dalam acara berpasukan lelaki yang sedang berlangsung.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *