Sukan Asia 2026: PM Anwar Puji Prestasi Kontinjen Raih 9 Pingat Emas

IMG_7298

Ucapan tahniah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kejayaan kontinjen negara membawa pulang 9 pingat emas di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 pada 4 Oktober 2026.

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas kejayaan meraih sembilan pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun yang melabuhkan tirainya hari ini.

Penghargaan tersebut disampaikan Perdana Menteri menerusi hantaran di media sosial seraya memaklumkan, kejayaan gemilang itu sekali gus menyamai pencapaian terbaik kontinjen negara di Sukan Asia pada edisi Guangzhou 2010 di China.

“Terima kasih kerana telah memberikan yang terbaik dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Teruskan melangkah dengan keyakinan dan semangat juang tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Azizulhasni (kiri), skuad skuasy wanita dan lelaki yang menggondol emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 pada 2 Oktober 2026. Foto PMO

“Semoga lebih banyak kejayaan menanti di pentas-pentas seterusnya,” menurut hantaran itu.

Kontinjen Malaysia melabuhkan tirai saingan di Sukan Asia ke-20 itu dengan kutipan sembilan pingat emas, tujuh perak dan 16 gangsa untuk menduduki tangga ke-11 carta pingat keseluruhan.

Pingat emas berkenaan diperoleh menerusi acara skuasy, karate, e-sukan, sepak takraw dan berbasikal trek.

Antara penyumbang utama pingat emas negara diperolehi menerusi S. Sivasangari dan Ng Eain Yow dari perseorangan skuasy, Datuk Azizulhasni Awang menerusi acara keirin lelaki dan jaguh e-sport negara, Taj Izrin Aiman Taj Madira.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *