Sukan Asia 2016: Qatar Sekat Emas Beregu Padel Negara

IMG_7165

Aksi beregu lelaki padel negara, Christian Didier Chin-Aidan Yunus ketika berdepan pasangan Qatar, Mashari Naif-Rashed Naif dalam aksi final di Pusat Sukan Nagoya City Higashi pada 3 Oktober 2026.

NAGOYA, 3 Okt – Harapan kontinjen negara meraih pingat emas ke-10 tidak kesampaian apabila gandingan beregu lelaki padel negara, Christian Didier Chin-Aidan Yunus terpaksa berpuas hati meraih pingat perak selepas disekat pasangan Qatar, Mashari Naif-Rashed Naif pada aksi final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Pusat Sukan Nagoya City Higashi, sebentar tadi.

Pada aksi itu, Christian-Aidan tampil penuh bersemangat pada awal permainan bagaimanapun gagal mengekalkan rentak apabila pasangan pilihan utama kejohanan itu memanfaatkan pengalaman untuk menguasai perlawanan dan menang 6-3, 6-1.

Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia membawa pulang pingat perak dalam penampilan pertama padel di Sukan Asia.

Meskipun tewas, ia tetap menjadi satu pencapaian yang membanggakan buat Christian-Aidan selepas mereka mara ke final dengan menyingkirkan beberapa pasangan pilihan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *