Subsidi Bersasar Tidak Akan Membebankan Orang Miskin – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi wawancara ‘In Conversation with the Prime Minister of Malaysia’ yang dikendalikan Ketua Koresponden Antarabangsa Bloomberg TV bagi Asia Tenggara, Haslinda Amin di Doha, Qatar, semalam. Foto X Anwar Ibrahim

DOHA, 15 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan kini adalah masa terbaik untuk kerajaan melaksana subsidi minyak secara bersasar sebagai langkah mengurangkan beban tanggungan subsidi negara.

Buat masa ini, kata Perdana Menteri, fokus kerajaan adalah melaksanakan subsidi bersasar ke atas diesel, sebelum diikuti beberapa lagi produk bahan api lain, namun mengulangi jaminannya, segala langkah untuk memotong subsidi bahan api kelak, tidak akan membebankan golongan miskin.

“Sekarang kita fokus kepada diesel sebab terlalu banyak salah guna, kehilangan bilion (ringit). Ini adalah masanya dan kita bersiap sedia sepenuhnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi wawancara ‘In Conversation with the Prime Minister of Malaysia’ yang dikendalikan Ketua Koresponden Antarabangsa Bloomberg TV bagi Asia Tenggara, Haslinda Amin di Doha, Qatar, semalam. Foto X Anwar Ibrahim

“Kita akan teruskan untuk laksana reformasi ini, potong subsidi tanpa menghukum orang miskin,” katanya dalam wawancara dengan Ketua Koresponden Antarabangsa Bloomberg, Haslinda Amin pada Forum Ekonomi Qatar (QEF) di sini, semalam.

Menerusi langkah rasionalisasi itu, Anwar percaya kerajaan berupaya menyelamatkan berbilion ringgit dari dana subsidi negara yang dibazirkan dan disalahguna pihak tidak bertanggungjawab.

Selain menyelaras semula agihan subsidi, Perdana Menteri berkata, tumpuannya juga untuk membanteras rasuah dengan dana yang diselamatkan daripada ketirisan itu boleh dialihkan untuk program membantu rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diwawancara koresponden Bloomberg, Haslinda Amin pada suatu sidang pleno sempena Forum Ekonomi Qatar 2024 di Doha. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kerajaan dijangka melaksanakan program subsidi bersasar RON95 tahun ini, sebagai langkah mengoptimumkan sumbernya kepada golongan yang paling memerlukan.

Ia dilaksana selepas diesel, di mana projek rintis untuk menguji Sistem MySubsidi Diesel dan juga sistem Fleet Card syarikat-syarikat minyak sudah dimulakan sejak 1 Februari lalu.

Mulai 7 Mac lalu pula, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) setuju memperluaskan projek rintis di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 kepada sembilan jenis kenderaan sektor pengangkutan darat barangan mulai esok.

Kenderaan itu membabitkan lori kargo am, lori minuman botol, lori ais, lori luton, lori tangki, lori tangki air, van panel dan van ‘window’. SKDS 1.0 dilaksanakan sejak 2013 membabitkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *