Struktur Bumbung Sebuah Bangunan SMK Juasseh Runtuh

Keadaan bumbung salah sebuah bangunan yang runtuh di SMK Juasseh, Kuala Pilah pada 18 Ogos 2026. Foto Bernama

KUALA PILAH, 18 Ogos – Struktur bumbung sebuah bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Juasseh, di sini yang turut menempatkan makmal, runtuh dalam kejadian tengah hari tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.08 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Pilah tiba di lokasi pada pukul 12.19 tengah hari.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.08 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Pilah tiba di lokasi pada pukul 12.19 tengah hari.

“Setibanya di lokasi, didapati benar berlaku runtuhan bumbung pada bangunan sekolah di tingkat tiga yang menempatkan makmal.

“Komander operasi turut melaporkan terdapat bahan kimia di dalam bangunan berkenaan namun jenis bahan tersebut masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam runtuhan tersebut.

Katanya, operasi masih berjalan dan pasukan bomba sedang menjalankan pemantauan dan mengosongkan bangunan bagi memastikan keselamatan warga sekolah.

Oleh Nor Shafiqah Mohd Ghazali

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *