Situasi Panik Di Limbang Susulan Gempa Bumi Selatan Filipina

Kakitangan kerajaan bergegas meninggalkan bangunan Limbang Plaza susulan gegaran kuat dari selatan Filipina jam 10.13 pagi tadi.

LIMBANG, 11 Jul – Suasana panik disaksikan susulan satu gegaran dipercayai gempa bumi di selatan Filipina dirasai di sekitar daerah ini awal pagi Khamis.

Situasi panik berlaku di bangunan Limbang Plaza apabila kakitangan kerajaan berpusu-pusu keluar dari pejabat susulan gegaran akibat gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda Mindanao, Filipina jam 10.13 pagi hari ini.

Gegaran kurang seminit itu berlaku sekitar jam 10 pagi kuat dirasai kakitangan kerajaan di tingkat lapan yang menempatkan pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), tingkat tujuh (Jabatan tanah dan Survei), tingkat enam (Pejabat Daerah dan Residen) sehingga tingkat lima dan empat.

Pusat gempa bumi sekuat 6.6 magnitud di selatan Filipina yang dirasai sehingga Sabah dan Sarawak. Foto MetMalaysia

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, gempa tersebut berlaku pada kedudukan 154 kilometer (km) tenggara dari Isabela City, Filipina pada kedalaman 632 km.

Berikutan kejadian itu, beberapa gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Sabah antaranya sekitar Kota Kinabalu; Kota Belud; Putatan dan beberapa kawasan lain termasuk di kawasan utara negeri ini.

Bagaimanapun, gempa itu tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia setakat pemantauan jam 12 tengah hari ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *