Shuib Minta Maaf Tapi Jep Sepahtu Teruskan Saman

Untitled design

Jep memaklumkan sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas ahli kumpulan Sepah, Shuib susulan dakwaan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Jep Sepahtu atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin, memaklumkan sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas ahli kumpulan Sepah, Shuib susulan dakwaan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya didakwa telah dilakukan berkali-kali.

Pelawak dan bekas penyampai radio itu memberikan respons balas selepas Shuib memuat naik hantaran di media sosial, memohon maaf secara terbuka susulan konflik persahabatan mereka.

Menerusi hantaran di media sosial, Jep menjelaskan, tindakannya bukan lagi atas alasan sindiran tetapi telah melangkaui fitnah yang dilempar dipercayai menerusi siaran audio siar (podcast) yang mana Shuib merupakan salah seorang hos.

Komen positif terhadap Jep Sepahtu di Threads yang mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuib pada 15 Oktober 2026.

“Aku pun nak minta maaf sebab ketika kau keluarkan video ini, aku telah pun mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam.

“Kerana ini benar-benar fitnah jahat terhadap diri aku. Ini bukan pasal sindir, ini pasal fitnah,” katanya pada Khamis.

Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, memuat naik video permohonan maaf kepada Jep atas keterlanjuran kata-kata serta keegoannya, selain mengenang persahabatan mereka yang terjalin hampir 20 tahun.

Komen positif warganet terhadap Jep Sepahtu di Threads yang mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuib pada 15 Oktober 2026.

Kumpulan lawak berkenaan yang turut dianggotai Mamat, berpisah beberapa tahun lalu menurut spekulasi mengatakan wujud rasa tidak puas hati dari segi agihan pembayaran yang dikatakan dibuat secara individu dan bukannya berkumpulan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *