Shuhaily Jelaskan Video Tular Ketika Pantau Aktiviti ‘Ulat’ Warga Asing
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
PUTRAJAYA, 1 Okt – Insiden video yang tular membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berlaku ketika beliau menjalankan pemeriksaan terhadap individu disyaki sindiket ‘ulat’ warga asing.
Mohd Shuhaily berkata, ketika kejadian beliau dan pasukan baru selesai menjalankan pemantauan persiapan menjelang perlumbaan Formula 1 (F1) hujung minggu ini sebelum melakukan pemantauan kegiatan ulat susulan banyak aduan diterima.
“Yang mana kebetulan pada masa dan saat itu, apa yang kami terima (aduan) berlaku di depan mata kami.

“Dan di situ, kita menahan seorang sindiket ulat warga asing dan kemudian kita bawa ke bilik pemeriksaan bagasi kepunyaan Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC).
“Seperti mana tuan-tuan selalu lihat dalam saya punya klip dalam sosial media, saya mengatakan saya tidak sempurna, banyak kali saya katakan, hari ini saya berdiri di sini mengaku dan bertanggungjawab atas kekurangan itu.
“Justeru apa jua keputusan mereka (kerajaan), saya terima kerana pada saya untuk mengubah sesuatu ia mempunyai harga dan sekiranya harga itu adalah diri saya, maka saya bayar dengan diri saya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
