Serang Balai Polis: Jangan Kaitkan Dengan Agama – Saifuddin Nasution

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Sabtu. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. Foto Bernama

JOHOR BAHRU, 18 MeiKementerian Dalam Negeri menegaskan supaya insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram tidak dikaitkan dengan mana-mana agama.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, meminta semua pihak termasuk masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi liar berkaitan insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram.

“Kita gesa supaya masyarakat elak dan tidak buat spekulasi (insiden serangan balai polis). Media juga begitu (tidak buat spekulasi).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Sabtu. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. Foto Bernama

“Kita juga mohon supaya fokus kepada melaporkan fakta kes seperti yang disebut oleh polis.

“Tidak perlu kita nak kaitkan insiden ini dengan agama misalnya. Itu penting. Kita akan berikan butiran maklumat setakat yang kita temui tanpa kita nak berlebih-lebihan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Johor, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.

Suasana di Balai Polis Ulu Tiram lokasi kejadian serangan yang meragut nyawa dua anggota polis.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, polis sudah menjalankan pemeriksaan di rumah keluarga suspek dan menemui beberapa bahan yang memerlukan siasatan lanjut.

“Yang kita terus tahan adalah ibu bapa dan adik beradik suspek (lima orang).

“Siasatan perlu diteruskan berdasarkan penemuan bukti.

“Contohnya jika ada buku catatan pun akan jadi sebahagian siasatan polis,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *