Semua Pihak Termasuk PBT Diminta Tegas Larang Pendatang Asing Berniaga
Hukuman berat wajar dikenakan walaupun mereka rakyat tempatan kerana bersekongkol dengan pendatang asing yang menjarah kekayaan negara menerusi perniagaan tidak sah.
KUALA LUMPUR, 2 Nov – Ketegasan kerajaan yang tidak membenarkan warga asing menjalankan aktiviti perniagaan di bazar atau karnival tempatan, jelas menunjukkan isu kebanjiran mereka kini sudah tidak boleh dikompromi lagi.
Malah, tindakan juga boleh dikenakan kepada penganjur apabila gagal memastikan pematuhan terhadap peraturan ditetapkan dan boleh dianggap sebagai pengkhianat negara.
Tindakan di bawah Peraturan 39B boleh dikenakan tanpa sebarang budi bicara sekiranya kerajaan mahu dan benar-benar serius mahu menangani masalah sosial yang boleh merencatkan kemajuan negara.

Tindakan juga boleh diambil terhadap mana-mana ‘kartel’ yang melindungi mereka dan sekiranya didapati bersalah, hukuman berat wajar dikenakan walaupun mereka rakyat tempatan kerana bersekongkol dengan pendatang asing yang menjarah kekayaan negara menerusi perniagaan tidak sah.
Justeru, pihak berkuasa terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sepatutnya juga memantau mana-mana pegawai di PBT yang disyaki melakukan kegiatan melindungi pendatang asing di kawasan masing-masing.
Janganlah tunggu arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru nak bertindak walaupun ia merupakan masalah dimulakan di zaman pentadbiran Najib Razak yang kini mula menerima kifarahnya di Penjara Kajang sehingga 2039.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
