Sekretariat KASEH MADANI Sasar Lahirkan Lebih Ramai Usahawan Wanita Berjaya

Faizah berkata, penubuhan KASEH MADANI adalah langkah penting bagi melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdaya saing dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.

MINDA NORAINI NORDIN, 27 Jan – Aktivis Wanita KEADILAN, Datin Faizah Ariffin (gambar) hari ini mengumumkan penubuhan Sekretariat KASEH MADANI, sebuah inisiatif berteraskan kebajikan dan pemerkasaan ekonomi yang memberi tumpuan khusus kepada pembangunan serta kejayaan usahawan wanita dalam bidang perniagaan.

Penubuhan sekretariat ini bertujuan menyediakan platform sokongan menyeluruh kepada wanita yang terlibat dalam dunia keusahawanan, merangkumi bimbingan strategik, pembangunan kemahiran, perkongsian ilmu, jaringan perniagaan serta akses kepada peluang ekonomi yang lebih luas.

Menurut Faizah, penubuhan KASEH MADANI adalah langkah penting bagi melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdaya saing dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.

Antara aktivis Wanita KEADILAN yang turut sama dalam KASEH MADANI baru-baru ini. Foto Noraini Nordin

“KASEH MADANI diwujudkan bagi melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdaya saing, berdaya tahan dan mampu membina perniagaan yang mampan, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi inklusif,” katanya dalam muat naik di media sosial.

Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan wanita dalam bidang perniagaan bukan sahaja memberi impak positif kepada ekonomi keluarga, malah berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan masyarakat dan negara secara keseluruhan.

Antara aktivis Wanita KEADILAN yang turut sama dalam KASEH MADANI baru-baru ini. Foto Noraini Nordin

“Apabila wanita berjaya dalam perniagaan, kesannya bukan sekadar kepada individu, tetapi turut menyumbang kepada pengukuhan ekonomi komuniti dan pembangunan negara secara menyeluruh,” ujarnya.

 

Tambah beliau, Jawatankuasa KASEH MADANI dijangka menjadi platform penting dalam membina ekosistem keusahawanan wanita yang progresif, berimpak tinggi dan berpaksikan nilai kebajikan, sejajar dengan agenda pemerkasaan wanita dan pembangunan ekonomi negara.

Antara aktivis Wanita KEADILAN yang turut sama dalam KASEH MADANI baru-baru ini. Foto Noraini Nordin

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *