Segerakan PRU 16. Itu Kehendak Rakyat Ke?
Ketakutan Ahmad Zahid melihatkan ‘rakan-rakannya’ berbaju ungu atau oren menyebabkan dia meracau meminta ‘gurunya’ mengadakan PRU segera.
PENDAPAT, 12 Sep – Dulu apabila UMNO menang PRN Melaka dan Johor 2022, terdapat desakan kuat di PAU UMNO agar Ismail Sabri segerakan pilihanraya. Tetapi Ismail Sabri degil. Akhirnya UMNO kalah teruk di PRU 15.
Kali ini di PAU UMNO 2026, Zahid desak disegerakan PRU 16. Dia kata itu kehendak rakyat. Apakah PMX akan segerakan PRU 16? PMX sudah tentu tidak terburu buru. Dia mahu melihat keberhasilan siasatan dan tindakan isu Tabung Haji dan FELDA.
PAU UMNO 2026 mempamerkan parti itu berada dipuncak. Kata kata seperti “pilih biru tolak biru cair”, “biru campur hijau” dan “cukup cukuplah guru” membuktikan Zahid sudah tidak sabar merampas Putrajaya.
Kalau PRU lambat, UMNO bimbang naratif berubah, momentum menurun dan trust deficit boleh berulang. Kes Ismail Lasim dengan Istana contoh terkini yang boleh menjejeaskan imej UMNO yang baru menang besar.
Jangan nanti PMX menyindir Zahid, “Sabarlah muridku. Banyak lagi jurus silat aku belum ajar. Kamu belum khatam”.
Oleh Dr Puad Zakarshi
Nota:
Ketika artikel ini disiarkan, Perdana Menteri telah pun membalas sindiran Zahid dengan perkataan ‘guru’ selepas mendesak Anwar menyegerakan PRU 16.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
