SANTUN Mengangkat Bahasa Melayu Di Persada Nusantara

2ed84729-1a1e-4dfb-980e-30a325009a94

Kamarudin menerima cenderahati usai merasmikan Simposium Antarabangsa Penggunaan dan Kelangsungan Bahasa Melayu Nusantara (SANTUN) yang hadir dari 23 hingga 25 Oktober 2026.

KOTA BHARU, 27 Okt – Simposium Antarabangsa Penggunaan dan Kelangsungan Bahasa Melayu Nusantara (SANTUN) yang berlangsung selama tiga hari mulai 23 Oktober lalu di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu, Kelantan, berjaya mengumpulkan seramai 250 peserta yang terdiri daripada Institut Penguruan, badan kerajaan dan swasta serta NGO.

Simposiom berkenaan turut membabitkan pensyarah dan pakar bahasa dari sembilan buah negara ASEAN iaitu Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei, Kemboja, Filipina, Laos dan Vietnam.

Antara para peserta Simposium Antarabangsa Penggunaan dan Kelangsungan Bahasa Melayu Nusantara (SANTUN) yang hadir dari 23 hingga 25 Oktober 2026.

Menurut Dato’ A.Aziz Deraman, Pengerusi Simposium Antarabangsa Penggunaan dan Kelangsungan Bahasa Melayu Nusantara (SANTUN) merangkap Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan
(PERADABAN) dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, dalam santun bicara, Bahasa Melayu bukan sekadar rangkaian kata yang tersusun pada bicara lidah dan tulisan.

Antara para peserta Simposium Antarabangsa Penggunaan dan Kelangsungan Bahasa Melayu Nusantara (SANTUN) yang hadir dari 23 hingga 25 Oktober 2026.

Di dalamnya terkandung sejarah, jati diri, pemikiran, nilai, adat dan keperibadian bangsa Nusantara di Alam Melayu ini. Bahasa adalah umpama gedung bangsa tempat kita menyimpan ingatan tentang sejarah, asal-usul bangsa dan warisan di mana kita menenun pengalaman masa silam untuk masa hadapan.

Atas kesedaran itulah, SANTUN dianjurkan sebagai suatu medan pertemuan pemikiran dan wacana menilai kembali perjalanan serta liku-liku para pejuang bahasa dalam memartabatkan penguasaan bahasa Melayu di nusantara.

Antara para peserta Simposium Antarabangsa Penggunaan dan Kelangsungan Bahasa Melayu Nusantara (SANTUN) yang hadir dari 23 hingga 25 Oktober 2026.

“Bahasa Melayu itu sejak zaman berzaman telah menjadi bukti kepada asas pembinaan dan kemajuan sebuah peradaban besar di dunia sebelah timur dunia. Bahasa ini dalam sejarah panjang bangsa serumpunnya telah mengambil kedudukan amat istimewa dalam segala hubungan dan ranah kehidupan.

“Soalnya sekarang ialah apakah dan bagaimanakah kelangsungannya dalam mengharungi cabaran dunia abad ke-21 dan era teknolologi masa kini,” katanya.

Antara para peserta Simposium Antarabangsa Penggunaan dan Kelangsungan Bahasa Melayu Nusantara (SANTUN) yang hadir dari 23 hingga 25 Oktober 2026.

Menurutnya lagi, himpunan makalah yang dihasilkan dalam simposium ini bukan sekadar wacana pemikiran dan pandangan baharu, tetapi sewajarnya menjadi serangkai wadah dan madah tentang budaya dan bahasa ilmu serta masa depan nusantara.

Semoga gagasannya terus dihayati dan dibicarakan dengan fikiran terbuka oleh generasi yang akan datang.

Kamarudin mewakili Nassurudin merasmikan Simposium Antarabangsa Penggunaan dan Kelangsungan Bahasa Melayu Nusantara (SANTUN) yang hadir dari 23 hingga 25 Oktober 2026.

Bahasa perlu terus hidup, tumbuh dan berkembang. Kita wajib mempertahankan akar asal peradabannya terus kukuh dalam tuntutan zaman.

“Semoga ikhtiar kecil ini berada pada jalur yang ikut menyumbang kepada usaha besar memartabat dan memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa peradaban,” ujarnya lagi.

A Aziz Deraman sebagai teraju penganjuran Simposium Antarabangsa Penggunaan dan Kelangsungan Bahasa Melayu Nusantara (SANTUN) yang hadir dari 23 hingga 25 Oktober 2026.

Majlis perasmian SANTUN 2026 disempurnakan oleh Presiden Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan Datuk Kamarudin Bin Md Nor, mewakili Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Antara para peserta Simposium Antarabangsa Penggunaan dan Kelangsungan Bahasa Melayu Nusantara (SANTUN) yang hadir dari 23 hingga 25 Oktober 2026.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *