Saifuddin Nasution Sifatkan Pertemuan Dengan Brian Nelson Sebagai Berterus-Terang

Saifuddin Nasution berkata pertemuan itu adalah berasaskan kepada fakta dan kerajaan juga menghargai hakikat bahawa Malaysia dan AS mempunyai sejarah kerjasama yang cukup panjang. Foto Bernama

LENGGONG, 12 Mei – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan perjumpaan beliau dengan Setiausaha Rendah Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi Keganasan dan Risikan Kewangan Brian Nelson pada Khamis lepas sebagai pertemuan yang berterus-terang.

Beliau berkata pertemuan itu adalah berasaskan kepada fakta dan kerajaan juga menghargai hakikat bahawa Malaysia dan AS mempunyai sejarah kerjasama yang cukup panjang.

“Ia melibatkan hubungan diplomatik, perdagangan, ekonomi bahkan beberapa perkara kerjasama keselamatan. Jadi, itu kita hargai dulu.

Saifuddin Nasution berkata pertemuan itu adalah berasaskan kepada fakta dan kerajaan juga menghargai hakikat bahawa Malaysia dan AS mempunyai sejarah kerjasama yang cukup panjang. Foto Bernama

“Saya menyampaikan sepertimana yang patut saya sampaikan bagi pihak kerajaan, beliau terima atau tidak itu kena tanya Brian Nelson,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri Kampung Beng di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata demikian ketika ditanya sama ada penjelasan rasmi Malaysia berhubung segala perkara yang dibangkitkan pada pertemuan itu diterima oleh pihak AS.

Pada 9 Mei lepas, media melaporkan Malaysia berpendirian teguh tidak menyokong kegiatan kumpulan pengganas dan terus komited untuk membanteras pembiayaan aktiviti keganasan.

Pendirian itu disampaikan oleh Saifuddin Nasution dalam pertemuan beliau dengan Brian Nelson pada hari tersebut.

Mengulas gesaan MCA agar KDN menyiasat dan mengharamkan DJ dari Korea iaitu NewJeansNim daripada hadir ke lokasi beliau dijemput di negara ini berikutan cubaan menyamar sebagai sami Buddha, Saifuddin Nasution berkata pihak berkuasa telah mengarahkan supaya aktiviti seterusnya dihentikan.

“Mereka telahpun dipanggil, saya ingat itu biar agensi kawal selia berkenaan mengeluarkan kenyataan,” katanya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Sambutan Aidilfitri Agensi Antidadah Kebangsaan di Dewan Sri Akasia, Blok C, Ibu Pejabat AADK. Foto AADK

Pada 10 Mei lepas, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata tindakan DJ itu membuat persembahan dengan berpakaian seperti seorang sami di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur baru-baru ini sama sekali tidak wajar dan perlu dihalang.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *