RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 Dibentang Semula

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa membentangkan versi semakan RUU GEG bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. Foto Jabatan Penerangan

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dibentang semula bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. 

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat esok (29 November).

Terdahulu, beliau menarik semula Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali kedua seperti yang tertera dalam No 4 Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Rang undang-undang yang ditarik balik itu telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 12 Jun lepas sebelum dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa membentangkan versi semakan RUU GEG bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. Foto Jabatan Penerangan

Pembentangan rang undang-undang itu menggantikan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentang bagi bacaan kali pertama pada 27 Julai 2022 oleh Menteri Kesihatan ketika itu Khairy Jamaluddin.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *