Rumah Mesra Rakyat 2.0 Terima Permohonan Menggalakkan – SPNB

Husam (dua, kiri) menyempurnakan gimik pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2.0 selepas menyerahkan surat tawaran RMR 2.0 kepada Suhaini Muhamad Asri (kanan), balu bekas pemain bola sepak Kelantan Allahyarham Wan Ezila di Kampung Gong Datuk. Foto Bernama

PASIR PUTEH, 9 Jun – Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2.0 yang dilaksanakan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mendapat permintaan menggalakkan termasuk di negeri ini.

Daripada jumlah 60 pemohon RMR 2.0, kesemua permohonan sudah mendapat kelulusan.

Pengerusi SPNB, Datuk Husam Musa berkata, sebanyak enam rumah RMR 2.0 sudah disiapkan, manakala baki 54 lagi rumah dalam pembinaan.

“Keseluruhan permohonan seluruh negara adalah 750 dengan 270 sudah diluluskan termasuk 60 di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penyerahan RMR 2.0 kepada balu legenda bola sepak Kelantan, Wan Ezila Wan Daud di Kampung Gong Datok, di sini, hari ini.

Balu Allahyarham Suhaini Muhammad Asri, 37, bakal mendapat rumah percuma yang disediakan SPNB di bawah program tanggungjawab sosial (CSR) syarikat itu.

Dalam perkembangan lain, Husam berkata, SPNB juga memperuntukkan RM1 juta setiap tahun bagi program CSR.

“Cuma saya minta SPNB ada tema tertentu bagi projek CSR, contohnya tema penghijauan alam.

“Jadi salah satu perancangan CSR kita adalah projek bekalan elektrik solar kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak, membabitkan komuniti,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *