Ruang Keterbukaan Perlu Disesuai Dengan Acuan, Nilai Budaya Tempatan – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu ruang keterbukaan perlu disesuaikan dengan acuan dan nilai budaya tempatan, selain mengekalkan identiti masyarakat Malaysia.

Justeru, Perdana Menteri mahu karya seni tempatan bukan sahaja mampu meninggalkan kesan di kalangan generasi muda, tetapi berpotensi menembusi minda masyarakat antarabangsa dengan nilai karya yang boleh dibanggakan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

“Saya tidak mahu digambarkan liberal. Tetapi terus terang saya katakan, sekiranya mahu negara maju, tentu kita harus terima kenyataan anak muda dan khalayak mahu bebas dan terbuka.

“Namun, itu tidak bermakna kita nak terima acuan barat dan acuan timur pula tidak bermakna mengikut acuan neokonservatif. Kalau industri ini terus tertutup, saya bimbang industri seni negara akan tertutup,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

Anwar berkata, industri filem perlu berkembang dengan mengangkat budaya Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai identiti tersendiri.

“Sebab itu kita tambah ruang untuk teater, sastera dan seni kerana bidang-bidang ini memberikan corak yang berbeza kepada negara. Tidak ramai yang menonton filem tempatan atau mengikuti perkembangan industri seperti sehebat zaman dahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

“Tetapi satu perkara yang tidak boleh kita mungkiri ialah tanggungjawab untuk memastikan bukan sahaja industri ini berjaya, malah penggerak, pelakon, penggiat seni dan seluruh jentera yang menghasilkan karya turut diberikan perhatian.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada penggiat seni yang telah menjayakan perkembangan bidang ini dan melonjakkan industri ke tahap yang lebih tinggi. Ini kerana karya seni turut mempamerkan sikap, nilai dan budaya sesebuah negara,” jelasnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

Anwar ketika mengimbas pengalamannya mengajak cucu menonton filem Melayu berkata, generasi muda hari ini semakin kurang berminat terhadap karya tempatan.

Menurutnya, keadaan itu berbeza dengan generasinya yang membesar dengan filem Melayu termasuk karya terbitan Shaw Brothers.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

“Sejujurnya mereka agak keberatan dan tidak begitu teruja kerana menganggap datuk mereka sudah tua. Namun, ternyata usaha itu berjaya. Salah seorang daripada cucu saya berkata, ini merupakan salah satu filem terbaik pernah dia tonton.

“Bayangkan sebelum ini mereka tidak pernah menonton filem yang berusia sekitar lebih 70 tahun. Jadi ini sesuatu yang perlu sebagai sebahagian tanggungjawab kita untuk memberi pendedahan kepada mereka,” jelasnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *