Rompakan Wang Tunai Terbesar Di Los Angeles, AS$30 Juta Lesap

Armored trucks are parked outside the GardaWorld facility in the Sylmar section of Los Angeles on Thursday, April 4, 2024. Thieves stole as much $30 million in an Easter Sunday burglary at a Los Angeles money storage facility in one of the largest cash heists in city history. (AP Photo/Richard Vogel)

LOS ANGELES, 5 Apr – Polis dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sedang menyiasat kecurian sebanyak AS$30 juta dari kemudahan penyimpanan wang di Los Angeles, bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat, lapor media tempatan pada Khamis.

Xinhua memetik sumber penguatkuasaan undang-undang yang memaklumkan kepada stesen televisyen KABC tempatan bahawa kecurian itu berlaku di sebuah fasiliti GardaWorld di Sylmar, sebuah kawasan pinggir bandar di Lembah San Fernando, pada Ahad.

Pencuri memecah masuk ke kemudahan itu tanpa dikesan – tanpa mematikan penggera – akses melalui bumbung dan berjaya masuk ke kawasan penyimpanan wang, yang mungkin merupakan bilik kebal, menurut laporan itu, memetik pegawai yang diberi taklimat mengenai siasatan.

Syarikat yang memiliki bangunan itu tidak menyedari kecurian besar-besaran itu sehingga pagi Isnin.

Armored trucks are parked outside the GardaWorld facility in the Sylmar section of Los Angeles on Thursday, April 4, 2024. Thieves stole as much $30 million in an Easter Sunday burglary at a Los Angeles money storage facility in one of the largest cash heists in city history. (AP Photo/Richard Vogel)

Sumber penguatkuasaan undang-undang dipetik sebagai berkata oleh akhbar tempatan utama, Los Angeles Times bahawa kes pecah masuk itu adalah antara kecurian terbesar dalam sejarah bandar Los Angeles berkaitan wang tunai dan jumlahnya melepasi mana-mana rompakan kenderaan perisai di bandar itu.

Kecurian itu berlaku pada malam Ahad di pusat kemudahan yang mengendalikan dan menyimpan wang tunai perniagaan dari seluruh wilayah itu, menurut laporan berkenaan sambil menambah bahawa pecah masuk itu digambarkan sebagai rumit dan mengesyaki kru pencuri berpengalaman yang tahu bagaimana untuk mendapatkan akses ke kemudahan berkenaan dengan selamat tanpa disedari.

Rompakan tunai terbesar sebelum ini di Los Angeles adalah pada 12 September 1997 sebanyak AS$18.9 juta dari bekas tapak kemudahan berperisai di bandar itu, menurut laporan akhbar berkenaan. – Bernama


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *