RM700 Juta Lagi Hasilan Lawatan PMX Ke Qatar

Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selama tiga hari ke Qatar termasuk bertemu dengan lebih 30 kapten industri negara itu jelas membuktikan keyakinan mereka kepada kepimpinan beliau dalam menambah profil pelaburan negara di rantau Teluk itu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PENDAPAT, 14 Mei – Sebagaimana dicatatkan sebelum ini, setiap lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara pasti membuahkan kejayaan membawa masuk pelaburan asing ke dalam negara.

Sudah beratus bilion ringgit pelaburan untuk nikmat dan faedah kepada rakyat telah berjaya dibawa masuk dalam beberapa lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara.

Tanpa disangkal, sebagaimana kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini, ia mengesahkan bahawa Anwar adalah “salesman” terbaik untuk negara.

Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selama tiga hari ke Qatar termasuk bertemu dengan lebih 30 kapten industri negara itu jelas membuktikan keyakinan mereka kepada kepimpinan beliau dalam menambah profil pelaburan negara di rantau Teluk itu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Namun, berbeza dengan lawatan rasmi tiga hari ke Qatar kali ini, yang dicapai ialah kejayaan menjana potensi eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia bernilai kira-kira RM700 juta ke negara tersebut.

Komitmen eksport itu diraih daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan antara mereka dengan Perdana Menteri.

PERTEMUAN DENGAN PEMAIN INDUSTRI TERKEMUKA

Seramai 45 pemimpin terkemuka industri Qatar daripada 36 syarikat menghadiri mesyuarat meja bulat dengan Anwar yang mewakili sektor seperti makanan dan pemprosesan makanan, farmaseutikal, bahan binaan, hartanah dan pembinaan, pendidikan, hospitaliti dan penjagaan kesihatan, kewangan, penerbangan, runcit/pengedaran dan ekonomi digital.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menemui lebih 30 pemain industri utama Qatar bagi mengulangi komitmen Malaysia untuk menerima pelaburan berimpak tinggi bagi manfaat kedua-dua negara. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Semasa dialog meja bulat tersebut, Anwar, yang juga Menteri Kewangan mengulangi komitmen Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Qatar, khususnya dalam perdagangan dan pelaburan.

Tengku Zafrul yang bersama dalam lawatan Perdana Menteri serta hadir dalam dialog meja bulat itu mengesahkan komitmen eksport bernilai RM700 juta itu.

Turut hadir dalam dialog meja bulat itu ialah Menteri Luar, Mohamad Hasan dan Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir.

“Alhamdulillah, kita terima komitmen (eksport) berjumlah RM700 juta. Ia sekali gus menunjukkan keyakinan syarikat Qatar terhadap produk dan perkhidmatan Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Meja Bulat dengan pemain industri di Qatar. Foto PMO

“Selain itu, kita juga lihat potensi Asia Barat, yang merupakan satu pasaran besar buat Malaysia yang kita boleh teroka,” kata Tengku Zafrul kepada pemberita di sini.

DAYA TARIKAN MALAYSIA

Beliau menambat, daya tarikan Malaysia ialah sistem infrastruktur yang kukuh, kedaulatan undang-undang, tenaga kerja mahir dan boleh dilatih, pelaksanaan projek berdisiplin dan ekosistem perniagaan yang rancak menjadikan ia destinasi menarik bagi pelabur yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hab pembuatan atau perkhidmatan strategik mereka bagi pasaran Asia, untuk meraih peluang pertumbuhan baharu dan kepelbagaian.

Tidak kira sama ada pelaburan asing dibawa masuk ke Malaysia atau eksport Malaysia diraih oleh negara luar, kedua-duanya adalah nikmat untuk negara serta sesuatu yang mampu menambah lagi kesejahteraan kepada rakyat.

  • Oleh Noraini Nordin

Penulis juga ada Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *