Rejim Zionis Bunuh Komander Jihad Islam

GAZA, 18 Mei – Seorang komander kanan kumpulan pejuang Jihad Islam dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza semalam.

Lapor Arab News, Hussam Abu Harbeed maut dalam siri serangan udara terbaharu Israel terhadap penempatan penduduk dan bangunan komersial ketika konflik memasuki minggu kedua.

Sekurang-kurangnya tujuh penduduk Palestin terbunuh termasuk dua orang maut dalam serangan roket yang dilancarkan terhadap sebuah bangunan pejabat tujuh tingkat di bandar Gaza.

Pasukan tentera Zionis juga mengebom terowong bawah tanah sepanjang 15 kilometer (km) digunakan oleh Hamas dan rumah sembilan komander berpangkat tinggi.

Sekurang-kurangnya 212 penduduk Palestin di Gaza terkorban termasuk 61 kanak-kanak, 36 wanita dan lebih 1,500 cedera sejak lebih seminggu lalu. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *