Rebut Peluang Pastikan Kemaman Seiring Dengan Kerajaan Pusat

Ahmad Maslan menyeru pengundi Kemaman mengubah nasib mereka pada PRK Kemaman 2 Disember ini. Foto Arkib

PONTIAN, 19 Nov – Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman perlu digunakan pengundi untuk meletakkan satu-satunya wakil Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) di Terengganu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT), Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pengundi perlu berfikiran matang dengan tidak menghiraukan sentimen kononnya rakyat Terengganu masih dengan ‘mood’ untuk mengekalkan rekod 40-0 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Apa faedahnya hendak kekalkan ‘telur’ di Terengganu. Tiada faedah pun.

“Sekiranya calon Pas iaitu Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, kawasan berkenaan masih pembangkang di peringkat kerajaan Pusat.

“Pada pandangan saya, pembangunan yang ada di Kemaman ketika ini, banyak dilaksanakan ketika BN memerintah sebelum ini,” katanya.

Ahmad Maslan menyeru pengundi Kemaman mengubah nasib mereka pada PRK Kemaman 2 Disember ini. Foto Arkib

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian selepas mengadakan tinjauan bekalan barangan keperluan di sebuah pasar raya di daerah ini pada Ahad.

Sebelum itu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dilaporkan berkata, rakyat Terengganu tidak rela untuk memecahkan ‘telur’ dan masih dengan ‘mood’ 40-0 iaitu menolak kepimpinan UMNO, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Terengganu menjadi satu-satunya negeri yang dikuasai Perikatan Nasional (PN) sepenuhnya dengan penguasaan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri dan lapan Parlimen.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *