RCI Tabung Haji: Bekas Menteri Tiba Di Mahkamah Putrajaya Bagi Permohonan Reman

Bekas menteri berusia 60-an itu yang memakai baju jingga dan bergari tiba jam 10.25 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2 September 2026. Foto Astro Awani

PUTRAJAYA, 2 Sep – Seorang bekas menteri tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Putrajaya di sini bagi prosiding permohonan tahanan reman.

Bekas menteri berusia 60-an itu yang memakai baju jingga dan bergari tiba jam 10.25 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dibawa masuk ke mahkamah majistret.

Difahamkan prosiding berjalan dihadiri peguam kepada individu berkenaan dan pengamal media menunggu di perkarangan pintu masuk kompleks mahkamah berkenaan bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung prosiding itu.

Bekas menteri berusia 60-an ditahan SPRM Putrajaya pada 1 September 2026.

Terdahulu, penahanan beliau dibuat jam 4.30 petang Selasa untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya berkaitan isu pajakan hotel di Arab Saudi terkait meminta atau menerima suapan sebagai dorongan atau ganjaran dalam sesuatu transaksi.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama sehingga 20 tahun penjara dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan yang terlibat, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *