RCI Tabung Haji: Bekas CEO Bebas Dengan Jaminan SPRM

Bekas CEO Tabung Haji dibebaskan dengan jaminan SPRM pada 2 September 2026.
KUALA LUMPUR, 1 Sep – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji (TH) yang disambung reman empat hari bagi membantu siasatan susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibebaskan dengan jaminan hari ini.
Ini susulan tempoh reman selama seminggu terhadap lelaki itu tamat hari ini, selepas individu berkenaan ditahan SPRM pada 21 Ogos lalu.
Lanjutan reman terhadap lelaki berusia lingkungan 60-an itu dimohon SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di hadapan Majistret, Ezrene Zakaria pada 27 Ogos lalu.

Pada 14 Ogos lalu, tujuh individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung RCI itu.
Mereka terdiri daripada seorang bekas ketua pegawai eksekutif syarikat perkapalan, selain seorang pengarah syarikat pembinaan, seorang bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
