Rasuah RM1.6 Juta: Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Johor Ditahan
Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 7.30 malam 7 September 2026 ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor. Foto hiasan
KUALA LUMPUR, 8 Sep – Seorang pengerusi jawatankuasa perumahan sebuah badan berkanun di Johor ditahan kerana disyaki terlibat meminta dan menerima rasuah serta menyalahgunakan kuasa dengan memperdaya pemohon tanah kerajaan dalam urusan permohonan lot tapak perumahan.
Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 7.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan semua perbuatan tersebut antara 2016 hingga 2025.
“Suspek dipercayai menyalahgunakan kuasa dengan meminta wang kira-kira RM4,000 setiap seorang daripada 400 pemohon lot tapak rumah membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.6 juta.
“Suspek kemudiannya dipercayai menyeleweng wang tersebut untuk kegunaan sendiri melalui pengeluaran daripada akaun bank jawatankuasa terbabit menggunakan invois palsu,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) (A), Sesyen 18 dan Sesyen 23 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya direkodkan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

