Rasionalisasi Subsidi Diesel Diumum Jam 5 Petang Hari Ini

Pengumuman rasionalisasi subsidi diesel akan diumum Menteri Kewangan Kedua susulan daripada Perutusan Negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 21 Mei lalu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan mengadakan sidang media mengenai rasionalisasi subsidi diesel di pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya jam 5 petang pada Ahad.

Beliau berkata, pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel adalah antara langkah pembaharuan utama di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI untuk memastikan pengurusan fiskal yang mampan dan menangani isu ketirisan serius dalam sistem, tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.

Sebelum ini pada 24 Mei lalu, Amir Hamzah berkata, subsidi diesel menyebabkan kerajaan menanggung kos RM1 bilion sebulan, manakala kerugian daripada ketirisan berjumlah RM4.5 juta sehari.

Beliau berkata, pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel adalah antara langkah pembaharuan utama di bawah rangka kerja Ekonomi Madani untuk memastikan pengurusan fiskal yang mampan dan menangani isu ketirisan serius dalam sistem, tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.

Semasa mengumumkan rasionalisasi subsidi bahan api dalam Perutusan Negara pada 21 Mei, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, subsidi untuk diesel akan ditarik balik untuk ‘orang kaya dan warga asing’.

Subsidi diesel terlebih dahulu akan dirasionalkan di semenanjung, manakala pelaksanaan di Sabah dan Sarawak akan berlaku kemudian, katanya, tanpa menyebut sebarang garis masa pelaksanaan.

Bagi mengelak sebarang kenaikan drastik dalam kos barangan dan perkhidmatan, Anwar berkata, subsidi akan diteruskan kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial berkuasa diesel dan untuk pengangkutan awam.

Sepuluh jenis kenderaan pengangkutan awam, termasuk bas dan teksi, serta 23 kenderaan pengangkutan barang, akan berada di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Anwar menambah, bantuan tunai juga akan diberikan kepada individu yang layak yang memiliki kenderaan persendirian berkuasa diesel, seperti peniaga kecil dan petani, antara lain.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *