Rakyatkan Kegiatan Ekonomi Menerusi Koperasi – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam KIRA di Hotel InterContinental Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Gerakan koperasi merupakan salah satu cara untuk merakyatkan kegiatan ekonomi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, gerakan koperasi menjamin rakyat yang menentukan kegiatan ekonomi, manakala pimpinan memberikan dorongan dan sokongan.

“Tidak mahu meneruskan cara parti-parti politik yang berkuasa menggunakan kuasa memunggah kekayaan untuk kepentingan pimpinan dan parti yang mereka pimpin.

“Maka apa kaedah pilihan? Kaedah pilihan adalah menukar bentuk idea yang sudah begitu berakar pada budaya kita dan dunia dengan gerakan koperasi,” katanya semasa merasmikan Majlis Makan Malam Koperasi Keadilan Berhad (KIRA) di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur malam ini.

Yang turut hadir isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Ewon Benedick serta timbalannya Saraswathi Kandasami.

KlRA yang didaftarkan secara rasmi di bawah Akta Koperasi 1993 pada 31 Januari 2023 dilancarkan oleh Anwar pada Mac tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam KIRA di Hotel InterContinental Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto Bernama

Penubuhan KIRA menjadikan KEADILAN parti pertama yang menjaga kebajikan ahlinya dengan memperkenalkan model perniagaan koperasi.

Dalam pada itu Anwar turut ingin melihat koperasi menjadi ejen perubahan berkesan secara beransur-ansur menerusi pelbagai kegiatan ekonomi yang memberi manfaat ekonomi kepada rakyat.

“Saya tidak mahu meneruskan cara parti politik yang berkuasa, menggunakan kuasa memunggah kekayaan untuk kepimpinan parti dan pemimpin.

“Tidak ada pilihan selain menukar satu idea yang sudah begitu berakar kepada negara dan dunia, dengan gerakan koperasi.

“Ia perlu bagi menjamin supaya rakyat menentukan dan kepimpinan beri sokongan, dukungan supaya tidak diteruskan budaya yang biasa diterima dalam sistem negara demokrasi ini,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *