PRN Melaka: Tok Man Bawa Harapan Besar Pengundi DUN Paya Rumput

IMG_9978

Isu ekonomi setempat antara fokus tumpuan Datuk Azman Abidin sebagai calon Pakatan Harapan (PH) DUN Paya Rumput pada PRN Melaka. Foto Azman Abidin

MELAKA, 3 Nov – Pakatan Harapan (PH) yang mempertaruhkan Datuk Azman Abidin untuk merampas DUN Paya Rumput pada PRN Melaka daripada tangan Barisan Nasional (BN), turut membawa harapan besar penduduk di situ yang perlukan perubahan signifikan dan berdaya maju.

Memasuki hari keempat kempen hari ini, beliau yang mesra disapa ‘Tok Man’ berkata, pengalamannya mengendalikan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Wilayah Persekutuan, khususnya dikelilingi masyarakat berbilang kaum, boleh dimanfaatkan buat penduduk Paya Rumput pula.

Pengalaman selaku Pengerusi MPN KEADILAN Wilayah Persekutuan serta Setiausaha Politik memberi impak tersendiri buat Datuk Azman Abidin di DUN Paya Rumput. Foto Azman Abidin

“Kampung saya di Kuala Sungai Baru, Kuala Linggi. Jadi, Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) beritahu saya, oleh kerana saya orang Melaka, kenapa tak nak cuba bertanding di Melaka. Kamu dah lama dalam politik. Kamu cuba di Melaka,” katanya.

Beliau menegaskan, jawatannya sebagai Pengerusi MPN KEADILAN Wilayah Persekutuan bukan halangan untuk bertanding di Melaka, sebaliknya satu nilai tambah.

Segala isu dan permohonan yang dikemukakan pelbagai pihak akan dinilai Datuk Azman Abidin yang meraikan semua di DUN Paya Rumput.

“Saya tidak melihat jawatan ketua KEADILAN Wilayah Persekutuan sebagai satu isu. Sebaliknya, saya melihatnya sebagai nilai tambah atau kelebihan kepada penduduk Paya Rumput.

“Pengalaman saya di Wilayah Persekutuan juga boleh dibawa ke Melaka,” katanya.

Antara isu-isu setempat yang dikenal pasti termasuk banjir kilat dan sistem perparitan, perancangan bandar, penambah baikan kemudahan asas termasuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti pengenalan kelas tuisyen bagi para pelajar sekolah.

Tindakan bersepadu serta pantas menjadi kekuatan pasukan Datuk Azman Abidin setiap kali turun berkempen di DUN Paya Rumput pada PRN Melaka.

Turut menjadi fokus beliau ialah meningkatkan sosio ekonomi penduduk, memastikan kesejahteraan semua termasuk warga emas dan orang kelainan upaya dan banyak lagi.

Kedudukan beliau selaku Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri juga merupakan satu kelebihan kerana memudahkan segala permasalahan setempat dirujuk kepada pihak berkenaan bagi tindakan susulan yang lebih pantas, berkesan dan menggunakan setiap sen perbelanjaan dengan tatakelola terbaik.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *