PRN Melaka: ‘Saya Tiada Pengalaman Sakau’ – Nana

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir hadir pada penamaan calon DUN Kelebang pada 31 Oktober 2026. Foto Farzana Hayani
MELAKA, 31 Okt – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir, menepis dakwaan kononnya beliau tidak mempunyai pengalaman politik untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Sebaliknya, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Tangga Batu itu yang mesra disapa Nana berkata, beliau tidak mempunyai pengalaman melakukan perkara yang menyalahi undang-undang atau merugikan rakyat.

“Ada yang mengatakan saya tiada pengalaman. Tapi saya nak mengatakan, saya tiada pengalaman… pengalaman ‘sakau’, saya tak ada pengalaman yang itu.
“Tapi untuk bekerja, insya-Allah berilah peluang kepada anak muda, terutamanya wanita muda di kawasan Klebang ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon di Kompleks Japerun Klebang di sini hari ini.

Anak kelahiran Bukit Rambai di sini juga mahu penduduk Klebang terus menerima limpahan ekonomi yang sedang diteruskan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan BUDI95 dengan harga RM1.99 seliter bagi warganegara Malaysia.
Beliau mahu semua rakyat di Klebang juga menyatakan referendum menyokong Perdana Menteri sempena hadiah ulang tahun keempat pemerintahan Kerajaan MADANI pada 24 November depan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
