PRN Melaka: Pentabiran PH Penuhi Aspirasi Rakyat, Sasar Inisiatif, Bantuan Buat Semua
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hadir pada Majlis Penyerahan Program Nutrisi Selangor (NUTRISEL) & Mega NUTRISEL di Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam pada 2 November 2026. Foto Amirudin Shari
SHAH ALAM, 2 Nov – Kemampuan Pakatan Harapan (PH) selaku teraju mentadbir Kerajaan Persekutuan menjadi bukti paling ampuh bagaimana hasil negara dikembalikan kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif dan bantuan sejak November 2022 sehingga ke hari ini.
Justeru, medan pertarungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi ujian besar gabungan itu dan hasilnya kini kian positif menerusi kempen gerak kerja lapangan dan khidmat kepada rakyat yang dilaksanakan calon serta parti gabungan sejak empat hingga lima tahun lalu.

Malah, PH pernah mentadbir Melaka dari 2018 hingga 2020 dengan menjadikan asas tatakeloa dan pentdbiran bersih dan adil termasuk mengurangkan hutang kerajaan negeri melalui langkah penjimatan dan menyusun semula keutamaan projek berimpak tinggi kepada rakyat.
Menurut Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari, beliau melihat corak penerimaan rakyat bukan bersandarkan tempoh menemui pengundi selama dua minggu sahaja, malah ia merupakan hasil usaha berterusan gabungan itu dalam menyediakan sokongan dan memenuhi aspirasi rakyat setiap kawasan.

Beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, walaupun prestasi dan gerak kerja kempen dilihat sedikit perlahan pada dua hari pertama sejak Sabtu lalu, namun beliau yakin momentum berkenaan akan meningkat dari semasa ke semasa.
“Program-program pertemuan fizikal berlangsung, tetapi baru masuk tiga hari pertama. Saya percaya respons kita di beberapa kerusi tumpuan itu masih lagi baik disebabkan kerja lapangan dilaksanakan oleh calon ataupun pihak parti sejak daripada empat hingga lima tahun lepas.

“Jadi, bukan soal dua minggu kempen, tetapi soal bagaimana kita melayan ataupun menyediakan sokongan kepada rakyat dalam tempoh dua hingga empat atau lima tahun lepas,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Program Nutrisi Selangor (NUTRISEL) & Mega NUTRISEL di Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, pagi tadi.
Ini dtambah lagi dengan pengumuman Adly Zahari selaku calon Ketua Menteri, menguatkan lagi keazaman PH untuk kembali mengulangi era pentadbiran mesra rakyat dan meninggalkan kebobrokan Barisan Nasional (BN) sejak 2021 sehingga DUN dibubarkan 23 September lalu.

Kemampuan bekas ADUN Bukit Katil itu tidak dapat disangkal lagi meskipun bekas Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh enggan mengulas lanjut jauh sekali mengakui pentadbiran PH sebenarnya jauh lebih baik berbanding era BN hanya dalam tempoh 22 bulan.
Maka, jelas sekali Ab Rauf gagal menawarkan kesinambungan pentadbiran bersih dan adil kepada rakyat di negerinya sendiri hingga dilihat ‘koyak’ apabila Adly bertanyakan mengapa sekian lama BN berkuasa, masalah berulang masih lagi timbul.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
