PRN Melaka: Mengapa Ab Rauf Kelihatan ‘Koyak’ Dengan Soalan Adly?

IMG_9742

Seolahnya, ‘perangkap’ dipasang Adly Zahari mula dimakan Ab Rauf Yusoh yang terkapai-kapai mencari jalan keluar terhadap persoalan yang Adly bangkitkan. Foto Adly Zahari

MELAKA, 1 Nov – Baru mempersoalkan mengapa Barisan Nasional (BN) yang memperoleh mandat 21 daripada 28 kerusi pada PRN Melaka 2021 tetapi mengapa banjir masih berlaku malah berulang, sistem perparitan tidak terurus, lampu jalan tidak mencukupi dan kelemahan penyelenggaraan kemudahan awam, khususnya Melaka Sentral yang masih membelenggu rakyat sehingga kini, Ab Rauf Yusoh dilihat koyak dengan Adly Zahari.

Adly hanya mempersoalkan mengapa mandat hampir 75 peratus kerusi yang sepatutnya diterjemahkan kepada penyelesaian masalah rakyat, dan BN perlu menjawab kepada rakyat apa yang sudah diselesaikan, seolah ditujukan kembali apa pula Adly lakukan antara 2018 hingga 2020.

Walaupun Ab Rauf menolak mengulas rekod pentadbiran Adly sebagai bekas Ketua Menteri, namun ia tidak boleh melarikan dirinya daripada dipersoalkan rakyat Melaka setelah menggantikan Sulaiman Md Ali sejak 31 Mac 2023 sehingga DUN dibubarkannya sendiri pada bulan lalu.

Ab Rauf sepatutnya lebih profesional menjawab persoalan Adly Zahari, bukannya mengharap dengan ‘mengelak’ daripada menjawab apa yang dilakukannya selama 3 tahun 7 bulan memerintah.

Itu lebih kurang tiga tahun tujuh bulan berbanding Adly yang dijatuhkan menerusi Langkah Sheraton (juga didalangi Umno) hanya 22 bulan sahaja.

Penganalisis politik menganggap jawapan itu sangat lemah kerana tidak menyenaraikan pencapaian realistik, sedangkan soalan Adly menyentuh isu yang boleh disemak rakyat: air bertakung selepas hujan, lampu jalan yang rosak dan pusat pengangkutan yang kurang dimanfaatkan.

Menjawab dengan nasihat umum, bukan bukti, membuka ruang kepada tanggapan bahawa BN bersikap defensif hingga terpaksa berpaut pada ‘sokongan’ Perikatan Nasional (PN) untuk terus ‘bernafas’.

Sepatutnya Ab Rauf menjelaskan dengan jujur apakah beliau dan barisan bekas Exco lakukan lebih daripada sekadar mempromosi diri sendiri menerusi jelajah saban minggu WRUR sebelum pembubaran DUN.

Adly sendiri pernah mentadbir Melaka sebelum kerajaannya tumbang pada 2021, yang menjadikan perbandingan rekod dua pihak sah dibincangkan dan pertanyaannya sepatutnya dibalas dengan rekod pencapaian, walaupun tempoh pemerintahan Ab Rauf sedikit panjang berbanding Adly.

Barang diingat, Pakatan Harapan (PH) pernah memerintah malah menumbangkan BN pada 2018 dan sekiranya Ab Rauf masih buat ‘acuh tak acuh’, bukan setakat yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula mungkin keciciran.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *